SAMBUTAN MAHABBAH SYAWAL SMAPK 2026

Alhamdulillah, Majlis Mahabbah Syawal SMAPK Al-Ula telah disambut dengan penuh kesyukuran, kemeriahan dan kegembiraan.

Saban tahun, Aidilfitri sentiasa diraikan oleh seluruh warga SMAPK bersama ibu bapa, alumni dan komuniti sekitar membuktikan jalinan ukhuwwah yang sentiasa utuh dari generasi ke generasi.

Seluruh warga SMAPK amat berbesar hati dengan kehadiran tetamu istimewa, Puan Wan Suryani binti Wan Mohd Rozali. Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Kurikulum Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (mewakili Pengarah) yang turut sama meraikan kemeriahan sekaligus merasmikan sambutan kali ini.

Tidak dilupakan juga kepada PIBG, An-Nadi, KSIB Tingkatan 1 – 5, Perisai Klasik Enterprise (Dewan Makan Asrama), Koperasi SMAP Kajang, dan para perwakilan alumni batch 1993, 1994, 1995, 1996, 1998, 2004, 2005, 2006, 2008 serta kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Segala sumbangan dan keringat akan sentiasa tersemat di hati seluruh warga SMAPK.

Semoga jalinan yang terbina ini sentiasa kekal buat kita semua.

Bulan sabit bersilih purnama,

Syawal diraikan penuh makna.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top